Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM KEMBARA MESRA OLEH KOLEJ POLYTECH MARA BANGI DENGAN KERJASAMA JKKK DAN PI1M KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Aktiviti memanah ini bertujuan memperkenalkan fungsi PI1M kepada pelajar KPTM Bangi dan penduduk setempat, menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar KPTM Bangi dan penduduk setempat...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

AKTIVITI MEMANAH ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA KG HULU CHUCHOH DENGAN KERJASAMA PI1M KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 24 September 2016

Aktiviti memanah ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat, mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat, menanam semangat cintakan sukan memanah dan menyampaikan secara langsung atau tidak langsung taklimat ringkas mengenai KDB. baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS BANGHURIS & ORANG ASLI BANGKONG

Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan ini diadakan bertujuan memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat, menanamkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak, menanamkan semangat cintakan Negara di kalangan kanak-kanak dan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan....baca selanjutnya

Hari Terbuka (Open Day) PI1M Hulu Chuchoh

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2016

Digi dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hulu Chuchoh telah mengadakan Hari Terbuka kepada penduduk setempat. Aktiviti ini telah menarik lebih 200 orang penduduk setempat untuk hadir di PI1M disamping menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik....Baca Selanjutnya

Majlis Penyediaan dan Pengagihan Juadah Bubur Lambuk dengan Kerjasama Jawatankuasa Masjid Annur, Belia 4B dan PI1M Kg Hulu Chuchoh

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Sempena meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini, PI1M bersama Jawatankuasa Masjid Annur dan Belia 4B telah bersepakat mengadakan gotong royong ...baca selanjutnya

BENGKEL MENCIPTA VIDEO

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2016

Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan tenaga pengajar ialah pelajar-pelajar daripada ASWARA....baca selanjutnya

BOOTH PI1M: FESTIVAL NASI AMBENG ANJURAN JABATAN KESENIAN & KEBUDAYAAN NEGERI

Aktiviti Terkini | 16 & 17 April 2016

Festival Nasi Ambeng ini bertujuan mempromosikan makanan tradisional masyarakat Jawa iaitu nasi ambeng...baca selanjutnya

BANGHURIS SIHAT ANJURAN KOSPEN DAN PI1M KG HULU CHUCHOH

Setiap Hari Jumaat di bulan Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat jam 8 malam hingga 9.30 malam,...baca selanjutnya

Pengumuman

April 2016 | Aktiviti Terkini

Pihak MCMC akan mengadakan Bengkel Mencipta Video di PI1M Kg Hulu Chuchoh pada 23 April 2016...baca selanjutnya

Bengkel Mengisi Data Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) melalui laman sesawang MOVeS oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan Klinik Kesihatan Sungai Pelek

3 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Komuniti Sihat Negara Perkasa (KOSPEN) telah dijalankan di kawasan-kawasan terpilih dan data kesihatan...baca selanjutnya

Program Gotong Royong PI1M Kg Hulu Chuchoh

31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini selain bertujuan membersihkan kawasan sekitar PI1M, ia juga mampu menerapkan nilai-nilai murni kepada ahli PI1M untuk menjaga kebersihan walau di mana pun berada.baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti