Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Jom Kemaskini BR1M Dengan Kerjasama JKKP, KOBEMAH dan Belia 4B Kg Hulu Chuchoh

26 Disember 2015 & 27 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Jom Kemaskini BR1M diadakan bertujuan membantu penduduk sekitar yang berpeluang mendapatkan bantuan BR1M untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat secara atas talian.baca selanjutnya

Program Pengenalan PI1M Dengan Kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungai Rawang

19 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini juga merupakan serampang dua mata yang secara langsung menyampaikan info terkini mengenai kelas latihan komputer, menambah bilangan ahli PI1M serta aktiviti-aktiviti anjuran PI1M kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.baca selanjutnya

Kuiz Mengenali Peralatan Komputer & Klik Dengan Bijak

24 Oktober 2015 & 25 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Kuiz ini dijalankan untuk memberi pendedahan ringkas kepada pengunjung PI1M mengenai peralatan komputer dan internet.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak Bawah 12 Tahun

September 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena menyambut bulan kemerdekaan. Pihak PI1M Kg. Hulu Chuchoh telah mengambil insiatif mengadakan pertandingan mewarna sempena kemerdekaan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti