Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK DAN LAWATAN KE PUSAT INTERNET KG HULU CHUCHOH OLEH PEJABAT TANAH DAN DAERAH SEPANG DAN PEMADAM

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Aktiviti ini telah menarik lebih 10 orang penduduk daripada komuniti untuk hadir menyertai aktiviti ini dan lebih 15 orang daripada PEMADAM menyediakan bubur lambuk. Dikesempatan ini, PI telah menerima lawatan daripada Pegawai Daerah untuk melihat peranan PI kepada masyarakat tempatan....baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBACA DI PUSAT INTERNET KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Aktiviti ini telah menarik lebih 15 orang penduduk daripada komuniti untuk hadir menyertai aktiviti ini. Kebanyakkan peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Ada yang mengambil kesempatan daripada aktiviti ini untuk menyiapkan kerja sekolah mereka....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Program dijalankan khusus untuk megeratkan silaturahim. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan pusat internet kepada seluruh penduduk kampong. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk mengenali produk produk yang telah disediakan oleh pihak DiGi....baca selanjutnya

BENGKEL ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti BANGHURIS berkaitan asas ICT (Media sosial) seperti emel, Facebook dan Youtube dan memperkukuhkan lagi pemahaman mereka dalam bidang ICT dalam menyebarkan maklumat, berita dan promosi mengenai hasil usahawan setempat.....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Program Advokasi ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti